Saturday 26 March 2011

Gotong-royong Perdana SMTKL

Salam ,
Gotong-royong Perdana SMTKL telah dijalankan pada hari ini iaitu 12 MAR 2011 .Gotong-royong Perdana SMTKL turut mengundang beberapa tetamu kehormat antaranya Yang Berbahagia Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee ,Pengetua Cemerlang Pn.Hjh.Karteni ,Guru SMTKL ,AJK PIBG dan Ibu Bapa pelajar SMTKL .
Tujuan dan misi utama gotong-royong ini dijalankan adalah untuk membersihkan kawasan sekolah dan menjadikan kawasan sekolah lebih ceria , bersih dan kondusif. Gotong-royong Perdana ini juga dapat mengeratkan sillaturrahim dan mewujudkan kerjasama antara pelajar ,guru dan ibu bapa . Gotong-royong Perdana ini juga dapat memberikan keselesaan kepada pelajar untuk menuntut ilmu di sekolah ini . 

Disini kami memaparkan gambar yang di ambil ketika sesi gotong-royong di jalankan :



Yang Berbahagia Datuk Syed Wira Ali Al-Habshee bersama Pengetua Cemerlang SMTKL ,AJK PIBG , Ibu Bapa dan pelajar menanam pokok tanda menyokong menghijaukan bumi dan merasmikan majlis gotong royong perdana SMTKL 2011.



Ikutilah  contoh amalan mereka memelihara  bumi .
Amalan begini menambah udara bersih sekeliling kita kerana pokok mengeluarkan gas oksigen di siang hari dan menyerap karbon dioksida sebelah malam. Maka kita jadi lebih sihat.....ya 



Warga SMTKL bekerjasama dan bertungkus lumus membersihkan kawasan sekolah .Ini menunjukkan bahawa SMTKL mengamalkan dan mementingkan kebersihan . Teruskan usaha dan amalan baik ini !

No comments:

Post a Comment