Sunday 15 May 2011

Pemanasan Global III

Hujan Asid

Apakah itu hujan asid dan apakah kesannya terhadap bumi ?
Mari kita kenali makna dan proses yag menyebabkan berlakunya hujan asid .
 

Hujan asid ialah hujan yang terjadi apabila kandungan sulfur dioksida dan nitrogen oksida meningkat dalam udara. Peningkatan jumlah  kedua-dua sebatian ini adalah diakibatkan oleh sumber-sumber pencemaran seperti asap industri dan bahan cemar kenderaan bermotor.


Kesan-kesan hujan asid

1. Tumbuh-tumbuhan
- Menyebabkan perubahan komposisi bahan organik dalam tanah kerana kandungan nutrien   
  yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan akan terhakis .
- Mengancam mikro organisma dalam tanah .
- Jejaskan proses pereputan dan penguraian bangkai haiwan dan tumbuh-tumbuhan .
- Musnahkan tisu daun dan mereputkan akar tumbuh-tumbuhan .
- Menyebabkan kerosakan hutan dan hasil tanaman .

2.Kerosakan bangunan
- Hujan asid merosakkan bangunan lama. Contoh: Tugu Peringatan dan artifak-artifak bersejarah .
- Hujan asid yang menyerap ke dalam batu bata dan gangsa alami tindak balas kimia – batu    
  jadi reput dan gangsa terurai.
- Menjejaskan kekuatan dan kekukuhan konkrit dan cat bangunan .

3. Mengancam hidupan akuatik
- Bila keasidan air meningkat, bahan-bahan logam akan larut dalam air. Contoh: alimunium, zink
  dan raksa
- Pertambahan logam –logam beracun beracun ini mengurangkan aktiviti mikrobiologi seperti 
  zooplankton dan fitoplankton. Akibatnya bekalan makanan untuk ikan terjejas
- Hujan asid juga akan merosakkan telur-telur ikan dan jejaskan perkembangan embrionya.

4. Mengancam Kesihatan manusia
- Bila hujan asid berlaku di kawasan sungai atau tasik, bahan logam dalam tanah akan 
  bertindakbalas dengan air berasid untuk menghasilkan pelbagai logam dan sebatian asid 
  bertoksik.
- Minuman tercemar kerana mengandungi antimoni, stanum dan plumbum yang tinggi.
- Penyakit yang boleh diakibatkan oleh pencemaran air hujan asid ialah leukemia.


Kesimpulan:
Hujan asid boleh dielakkan sekira aktiviti manusia dalam bidang perindustrian dan pembangunan ekonomi dikurangkan. Semua pihak harus bertanggungjawab mengurangkan kesan hujan asid kerana implikasi kepada kehidupan akan memberi kesan yang berpanjangan.

No comments:

Post a Comment