Wednesday 10 August 2011

Trip to Pagoh, Johor Darul Ta'Zim



Masa: 30 Julai 2011
Tempat: Taman Herba Nasuha, Pagoh, Johor Darul Takzim

      Lawatan ini diadakan untuk pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang flora dan fauna terutama yang berkaitan dengan herba. Aktiviti ini juga boleh mendekatkan pelajar dengan kehidupan semulajadi. Selain itu, pelajar juga akan lebih menghargai alam sekitar. Kami telah melawat sekitar taman herba itu dengan menaiki "tramp". Kami juga telah diberi penerangan tentang jenis-jenis herba serta kegunaannya semasa lawatan sedang dijalankan. Bau wangian dari batang pokok yang berwarna putih dalam kawasan tanaman Pokok Kayu Putih telah memikat hati semua pelajar. Pokok ini digunakan untuk menghasilkan minyak kayu putih dari kulit kayunya. Kami dapat melihat sendiri buah asam keping yang belum diproses.Di sana kami melihat pelbagai jenis herba yang tidak pernah di lihat dan di ketahui oleh kami .Selepas lawatan kami dijamu dengan Nasi Beriani Herba dan minuman herba seperti "All Spice" dan `Gora' . Minuman ini memberi kesegaran kepada badan kita. Semua pelajar dipaksa minum oleh guru.Seronok melihat gelagat pelajar yang tidak pernah minum air herba.  Selepas itu  kami berangkat pulang ke SMTKL . Gambar-gambar yang telah di ambil sebagai kenangan kami ke Taman Herba Nasuha telah dimuatkan di dalam video di atas . Sekian .



buah asam gelugur



buah asam gelugur muda yang belum masak

buah mengkudu



Pengajaran yang kami perolehi hasil lawatan sambil belajar ke Taman Herba Nasuha ialah :
  • Banyak kegunaan yang boleh di perolehi pada tumbuh-tumbuhan .Oleh itu, kita sebagai remaja mestilah menjaga anugerah yang diberikan dengan sebaik-baiknya .
  • Kehijauan tumbuh-tumbuhan di Taman Herba Nasuha memberikan ketenangan fikiran dan menyegarkan lagi tubuh badan .
  • Jangan memusnahkan tumbuhan di sekeliling kita sebarangan tanpa mengkaji kepentingannya kepada kita .
Nota tambahan :  Banyakkan menanam tanaman hijau supaya dapat mengurangkan lagi kepanasan bumi ! Pembebasan Karbon Dioksida dapat dikurangkan dengan menanam tanaman hijau .Jadi kita boleh menikmati udara yang lebih segar di bumi ini .

Di harap artikel ini dapat membuka mata kepada sesiapa yang membacanya :)



















































































No comments:

Post a Comment